Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut :-
- Pegawai Undang - Undang
- Penolong Pegawai Undang-Undang
- Penolong Jurutera (Awam)
- Penolong Jurutera (Mekanikal)
- Penolong Pegawai Hidupan Liar
- Pembantu Hidupan Liar
- Pembantu Tadbir (Kewangan)
- Juruteknik (Awam)
- Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Pelukis Pelan
- Pembantu Kesihatan Awam
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat/Atendan
Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam gred U17, tertakluk kepada kekosongan
jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
a) Mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
CARA MEMOHON:
Borang permohonan (berharga RM1.00) boleh didapati di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Tingkat 2,
Majlis Perbandaran Kemaman. Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas
sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke Majlis Perbandaran Kemaman seperti alamat berikut:-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN
JALAN AIR PUTIH
24000 KEMAMAN, TERENGGANU.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 10 MEI 2011 (SELASA)
Untuk maklumat lanjut >> MPK.