Pages

Sunday, June 12, 2011

Jawatan Kosong Hot FM

Jadilah sebahagian daripada keluarga kami di HotFM. Tapi yang penting anda
kenalah memenuhi segala kriteria yang diperlukan. Lihat diri, adakah anda ada?
Hmmm... jika ya, maka andalah yang kami cari!

Kami mencari:

Creative Marketing Executive

Jadi, jika anda seorang yang:
* Sangat KREATIF.
* Mengujakan dalam mengemukakan idea-idea baru, segar dan inovatif.
* Berkemahiran menulis dan berbahasa Inggeris dengan baik. Jika boleh menulis
dan berbahasa Cina, ianya dianggap bonus!
* Berkebolehan menggunakan MS Excel, MS Word dan MS PowerPoint dengan baik.
* Mempunyai kemahiran asas Adobe Photoshop.
* Berperwatakan kelakar, gila-gila, ekstrovert, proaktif, lantang bersuara dan
bersemangat dengan setiap yang dilakukan.
Jika kesemua kriteria di atas ada di dalam diri anda, maka YA, kami mahukan
anda!!!

Hantarkan resume berserta keterangan lanjut berkaitan diri (menulis dengan cara
kreatif), hasil kerja kreatif rekaan sendiri dan foto terkini ke
yplow@flyfm.com.my. Sila nyatakan subjek emel sebagai Saya Ingin A Job sebelum
30 Jun 2011.

No comments:

Post a Comment