Pages

Tuesday, March 29, 2011

Jawatan Kosong UNIMAS

Jawatan Kosong Akademik 

Universiti Malaysia Sarawak, mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan berpandangan jauh untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU) dalam bidang seperti berikut:
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Sains Komputer
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
Syarat-Syarat Permohonan :
Pensyarah DS45/DS51
Pemohon perlu mempunyai ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
a)    Gaji Permulaan ialah pada Gred DS45 (Minimum Ijazah Sarjana):
        P1T1 RM2546.05 – P1T21 RM5484.96
b)    Gaji Permulaan ialah pada Gred DS51 (Minimum PhD):
        P1T1 RM4573.47 – P1T10 RM6439.44

Serta
Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
 
Prosedur Permohonan

Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta curriculum vitae (c.v) dan bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kuasa-kuasa tempatan hendaklah memajukan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi (LPP) dan Penyata Perkhidmatan yang lengkap. Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil-sijil Akademik yang berkenaan
  • Sijil-sijil lain yang berkaitan

hendaklah dihantar kepada :- 
Pendaftar
Universiti Malaysia Sarawak
94300 KOTA SAMARAHAN
(u/p : Unit Perjawatan)
Tel : 082-581000   Fax : 082-581095
tidak lewat daripada 7 April 2011.

Atau Emel:
jobs_unimas@hrm.unimas.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


Permohonan berikut akan DITOLAK sekiranya tidak disertakan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan, seperti di atas, tidak lengkap atau tidak jelas, tidak ditandatangani, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan,  permohonan lewat diterima dan gambar tidak seperti yang ditetapkan (gambar scan tidak dibenarkan).  Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment